Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Friday, February 25, 2011

Hukum Berdoa Selepas Solat
Hukumnya adalah sunat.
Hadith Sahih
1. Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :”Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :
ALlahumma a’inni ‘ala zikriKa wa syukriKa wa husni ‘ibadatik
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa’ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.
2. Hadith Zaid bin Arqam yang berbunyi : “Aku telah mendengar RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam telah berdoa setiap kali selepas solat : “ALlahumma Robbana wa robbi kulli syai in (Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al Nasaie
3. Hadith Suhaib daripada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam , katanya : “Adalah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam apabila selesai daripada solat, akan berdoa : “ALlahumma aslih li dini – (Hadith riwayat Imam al Nasa’ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya.
Sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar (Jilid 18/m.s 96)

No comments:

Post a Comment