1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang
ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,"Mudah-mudahan
jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah
mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang
lebih muda daripada engkau, katakanlah," Dia belum menderhaka kepada
Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."
3.
Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka
katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti
kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang
alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak
perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
5.
Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah," Dia adalah
orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku
menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6.
Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah," Aku tidak
tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan
Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul
Khatimah."
No comments:
Post a Comment