Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Sunday, January 30, 2011

Solat Jemaah

Solat berjemaah sebenarnya sangat dituntut ke atas setiap Muslim. Kelebihannya sering diperkatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda. Antaranya hadis berikut daripada Ibn Umar yang bermaksud:

"Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian dengan dua puluh kali darjat." (Mutafaq 'alaih)

Hadith di atas sebenarnya menyokong firman Allah SWT tentang disyariatkan solat jemaah ini yang bermaksud:

"Dan apabila kamu berada di tengah² mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka." (an-Nisa' : 102)

Solat berjemaah adalah sunat muakad bagi lelaki dalam mengerjakan solat lima waktu. Namun bagi golongan Maliki dan Hanbali (mazhab), hukumnya adalah wajib.
Dilihat pada solat berjemaah ini, hukumnya turut berubah mengikut solat-solat jemaah yang tertentu seperti solat Jumaat yang wajib dikerjakan secara berjemaah. Oleh itu, anjuran solat berjemaah ini sewajarnya diambil perhatian oleh setiap lelaki muslim kerana ia adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Lihat perbandingan di bawah yang berasaskan hadith di atas:

1. Solat bersendirian
= 1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjat

2. Solat berjemaah
= 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat

Jelas di sini, sembahyang bersendirian selama 27 tahun, darjatnya hanyalah bersamaan setahun solat berjemaah. Bayangkan gandaan darjat kurniaan daripada Allah SWT kepada mereka yang bersolat secara berjemaah. Jawapan ini sebenarnya, memberi gambaran kepada kita betapa hikmah perintah Allah dan Rasul-Nya tersembunyi pelbagai hakikat yang kadangkala tidak disedari oleh kita.

Lantaran itu, tunaikanlah perintah dan anjuran daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW seperti solat berjemaah ini...

No comments:

Post a Comment